July 4, 2013

double sadness




[ Terkini Isu Semasa Mesir ]


POST 1

Rabu I 03 Julai 2013 I 09.13 malam



Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:



1) Digantung perlembagaan buat sementara.

2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.

3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.




POST 2

Terjawab sudah persoalan..Benar apa yang disebut oleh Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir, Mursi hanya akan digulingkan melalui tiga cara:

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden. 
3) Pengkhianatan terbesar. 


Malam ini, tahulah kita cara yang ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh As-Sisi dan pakatannya.



POST 3

Saya setuju bahawa apa yang berlaku malam ini di Mesir bukan rampasan kuasa tentera. Ia berbeza dengan situasi selepas Mubarak jatuh tanggal 11 Februari 2011. Ketika itu, Ketua Majlis Tentera Husin Tantawi menjalankan tugas sebagai Presiden. 



Malam ini, Ketua Majlis Tentera Abdul Fatah As-Sisi tidak menjalankan tugas sebagai Presiden kerana beliau mengumumkan tugas itu diambil oleh Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan. 



Ini bermakna senario malam ini tentera hanya bertindak mencatur perjalanan politik Mesir, bukan 'pemain utama' seperti dibuatnya pada 2011.



POST 4

Mejar Jeneral Amos Yadlin bekas Ketua Perisikan Tentera Israel (Directorate of Military Intelligence) berkata sebentar tadi melalui siaran radio hebrew: 'Kejatuhan Mursi akan mengeringkan segala punca kejahatan yang sedang menanti kita hasil dari kemunculan Arab Spring.'



Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran..Mubarak dan golongan sekular..



Lantas saya terfikir nasib umat Islam di seluruh dunia khasnya di Syria. Terbelakah mereka selepas ini? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai "tetamu" bukan pelarian? 



POST 5

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. 



Tapi, adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi. 

Adakah bakal berlaku Mesir mempunyai dua orang Presiden? Seorang yang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera? 

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi. 

Apapun paling hebat, Pilihanraya Presiden Mesir setahun sekali. Hebat semangat demokrasi mereka.



via pmram & abdul malik II



komen: beberapa bulan lalu, kita isytihar demokrasi malaysia telah mati kerana ketidaktelusan pilihanraya. tapi hari ini dr mursi sendiri telah digulingkan oleh tentera walaupun melalui pilihanraya yang sah. musuh islam akan buat apa saja utk jatuhkan islam



# Nurul Hasna' 


Sebak menerima khabar Mursi digulingkan dan dinafi sebagai presiden yang sah.


Namun teringat semula, AKP yang kita kagumi dan menjadi ikon kepimpinan muslim yang bijaksana hari ini adalah hasil proses pembelajaran yang diambil oleh Erdogan dari murobbinya Erbakan selepas 8 kali pengharaman parti politik yang ditubuh dan juga pernah digulingkan oleh pihak tentera.




Allah yang memenangkan Badar alKubra, tetap adalah Allah yang sama ketika tentera Mongul menyerang Baghdad. Allah yang membantu pembukaan alFateh juga adalah Allah yang sama ketika kejatuhan khilafah.

Teruskan menyakini dan mengimani, juga teruskan bekerja dan mempelajari dari kesilapan.



status:
sangat sedih :(

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami generasi muda untuk turut sama berjuang dalam agama-Mu. Terimalah amal kami. Jauhkan kami dari hanya bersenang-lenang di saat agama-Mu dipijak dan diinjak"
Amin.


ainin, tolong tegakkan islam dalam paper esok. tak guna sedih tanpa tindakan.


2 comments:

Anonymous said...

:(
air mata seakan tak berhenti menitis...
entah kenapa...
sedih yang terlalu sedih...

Anonymous said...

cukup tersentuh tatkala membaca kisah ini.
bagaimanakah nasib saudara seakidah kita esp di palestin, syiria?
hanya doa menjadi sandaran.