Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

July 10, 2010

i like this.

BERUSAHA UNTUK MEMILIH KEJAYAAN
Imam Abu Hassan al-Asyaari memperkenalkan teori al-Kasbu (usaha) di dalam membincangkan kudrat Allah Taala dan perbuatan manusia, iaitu pandangannya adalah pertengahan di antara golongan Jabariyyah dengan Muktazillah. Golongan Muktazillah berpandangan bahawa manusia yang menciptakan perbuatannya sendiri. Golongan Jabariyyah pula berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatan apatah lagi berusaha untuk melakukan sesuatu. Manakala Imam Abu Hassan al-Asyaari berpandangan bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mencipta perbuatannya akan tetapi berkuasa untuk berusaha.
Beliau menafsirkan al-Kasbu dengan maksud ia adalah kuasa hamba untuk melakukan perbuatan yang mana perbuatan tersebut diciptakan oleh Allah Taala. Bagi hamba (manusia), al-Kasbu tidak memberikan kesan yang nyata di dalam perbuatannya. Ini bermakna segala perbuatan yang diusahakan adalah sesuatu yang dikuasai oleh kuasa bersifat baharu yang diciptakan oleh Allah Taala kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuatkan itu.
(Surah al-Soffat: Ayat 96).
Daripada teori al-Kasbu ini, dapatlah kita fahami bahawa setiap manusia diberikan pilihan samada untuk memilih kebaikkan ataupun memilih keburukkan. Jika kita memilih dan berusaha ke arah kebaikkan maka kebaikkan yang kita perolehi. Namun jika kita memilih dan berusaha ke arah keburukkan maka keburukkan yang kita perolehi. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu: Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: Ayat 11).
DUGAAN KEGAGALAN SETELAH BERUSAHA
Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).
Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).
Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.
- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.
Firman Allah Taala bermaksud:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk: Ayat 2).
BERSABAR DI ATAS SEGALA DUGAAN
Dengan dugaan kegagalan, kita belajar erti kesabaran. Ada ulama mentakrifkan sabar ialah menjauhkan diri daripada mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran di dalam menempuh ranjau kehidupan. Malah Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat mentakrifkan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah Taala.
Kesabaran di atas musibah dan kegagalan yang menimpa ialah dengan menyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah medan ujian dan cubaan. Allah Taala akan menguji iman hambaNya dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Dia juga menduga hamba-hambaNya yang beriman dengan pelbagai cabaran agar Dia membezakan di antara orang yang jahat dengan yang baik dan yang beriman dengan yang munafiq.
Firman Allah Taala bermaksud:
Alif Lam Mim. Apakah patut manusia menyangka bahawa mereka (hanya) dibiarkan (sahaja) berkata: Kami telah beriman sedangkan mareka belum diuji.
(Surah al-Ankabut: Ayat 1-2).
Musibah dan dugaan ini pasti akan datang samada terhadap harta benda ataupun diri sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:
Demi sesungguhnya, kamu pasti akan diuji pada harta benda dan diri kamu.
(Surah ali-Imran: Ayat 186).
Firman Allah Taala lagi bermaksud:
Demi sesungguhnya, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta denda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya.
(Surah al-Baqarah: Ayat 155-157).
Tidak syak lagi bahawa orang mukmin yang sejati akan menanggung musibah ini dengan sabar dan penuh pasrah, bahkan dengan redha dan gembira. Kerana dia pasti musibah ini tidak diturunkan oleh Allah Taala kecuali untuk menghapuskan dosa-dosa serta menghilangkan kejahatan di dalam dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain itu, musibah dan dugaan itu juga adalah untuk mengangkat darjat orang-orang beriman kepada satu darjat dan kedudukan yang lebih tinggi di sisi Allah Taala. Jika mereka menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan maka Allah Taala akan mengangkat lagi darjat mereka itu.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila Allah telah mendahulukan kedudukan seseorang hamba kepada satu kedudukan yang tidak mampu dicapai dengan ilmunya maka Allah mengujinya pada tubuh badan, keluarga serta harta bendanya, kemudia Allah menjadikannya sabar terhadap ujian yang menimpa sehinggalah dia mencapai kedudukan yang telah disediakan oleh Allah Taala.
(Riwayat Abu Daud).
REDHA DENGAN SEGALA KETENTUANNYA
Dengan kegagalan jugalah akan mengajar kita erti keredhaan. Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat telah mentakrifkan redha ialah perasaan senang hati dengan kepahitan qadha atau takdir. Manakala di dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan kata-kata Imam al-Muhasabi dengan mentakrifkan redha ialah hati tenang di bawah ketentuan hukum.
Rasulullah S.A.W. telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang, paling jauh daripada dukacita, sedih, marah serta kesempitan jiwa. Kaya bukanlah dengan banyaknya harta benda dan wang ringgit, tetapi kaya itu adalah kayanya hati dengan iman dan redha.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya.
(Riwayat Tarmizi).
Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya.
(Riwayat Tarmizi).
Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.
Firman Allah Taala bermaksud:
Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.
(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).
BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMATNYA
Kegagalan juga dapat mengajar kita erti kesyukuran. Sebahagian ulama mendefinasikan syukur ialah hati yang sentiasa teguh mencintai pemberi nikmat, anggota sentiasa mentaatiNya dan lidah sentiasa bergerak menyebut dan memujiNya. Imam Ibnu Abidin di dalam kitab Dalil al-Falihin mentakrifkan syukur ialah mengiktiraf nikmat serta melaksanakan khidmat. Sesiapa yang banyak melakukannya dia dinamakan orang yang benar-benar bersyukur.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Surah Saba: Ayat 13).
Kegagalan yang kita hadapi kini adalah secebis sahaja daripada episod kehidupan yang penuh kesenangan, sedangkan nikmat yang diberikanNya sebelum ini terlalu banyak jika hendak dihitung dan dikira. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala bermaksud:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya.
(Surah Ibrahim: Ayat 34).
Syukur merupakan makam (kedudukan / peringkat) yang tertinggi bagi pengamal Tawasuf kerana ia melibatkan hati, lidah dan anggota. Allah Taala juga menyuruh kita banyakkan bersyukur dan menegah kekufuran sepertimana firmanNya bermaksud:
Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengufuri (nikmat) Aku.
(Surah al-Baqarah: Ayat 152).
Allah Taala menyifatkan sebilangan besar manusia tidak bersyukur sedangkan betapa banyak kelebihan dan nikmat daripadaNya yang telah diberikan. Hanya sekali sekala dugaan datang, ia sesekali tidak akan melenyapkan nikmat dan kesenangan yang telah dikurniakanNya sebelum ini. Begitu jugalah jika dilihat pada dugaan dan ujian yang menimpa orang lain, alangkah bersyukurnya kita kerana dugaan yang kita perolehi tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Tidakkah kita bersyukur lagi?
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikanNya) kepada manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak mensyukuri.
(Surah an-Naml: Ayat 73).
KESIMPULAN
Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh redha. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan kegagalan ini dengan penuh ketakwaan kepadaNya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah.
(Riwayat Tarmizi).
Bergembiralah bagi sesiapa yang diberikan ujian! Bergembiralah juga bagi sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut!
Dugaan kegagalan mengajar kita erti berusaha lebih kuat. Kegagalan mengajar kita erti berdoa setelah kita lalai daripada mengharapkanNya. Kegagalan juga mengajar kita erti kesabaran dan keredhaan dengan segala dugaaNnya. Kegagalan turut mengajar kita erti kesyukuran setelah mendapat nikmat kejayaan. Kegagalan itulah yang mengajar kita erti kembali kepadaNya setelah diri lupa dan leka mengingatiNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran).
(Surah al-Araf: Ayat 168).
Kegagalan mengajar kita erti kehidupan!
buluh.iluvislam.com

April 26, 2010

The Qur'an and the Oily Red Rose Nebula:)

CNN.com on 12th sept o2
"hubble spies soft rose in tough neighbourhood"
'teleskop hubble menemui ros lembut di persekitaran yg mencabar'
Spacelight.com on 12th sept 02
" a rose blooming in space"
BBC News Online on 13th feb 04
"a valentine rose from the cosmos"
space.com on 6th dis 04
"a rose is a rose,even in space"
n quran,thousands years ago had already said,
"maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti mawar yang dilumuri minyak"
ar-rahman ayat 37
;)

April 22, 2010

segalanya milikMu~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


April 19, 2010

dear kuyah=)


dear kuyah,

i dunno how's to be specific in this.
xtaw nak oyak hop mano so ;p
p,maybe i can share on how i felt when olwez feel down,n dun even wanna see the books+tutorials,the mounting of them ;p
+low marks in test?.that's included too~

slalu je kalau down2 camni,lau pg surau,mestia ad punye la tazkirah yg matching=)
kite blaja sbb Allah.sbb nak cari redha Allah.niat 1st,MESTI sbb Allah.
Tuhan tgk taw.our dreams cita2?.dun worry.Allah maha mndengar.InsyaAllah Dia bagi.kan dia Ar-Razaq,Maha pemberi?tp,nak suh Dia tgk kita?niat kna jaga.hati kna jaga.to show off tue jgn skali.Dia xsuka.kita akan jd laen drpd yg laen kalau niat cam2.sbb Allah.tue beza kita dgn nonmuslim kan?dgn yg nak kjar cita2 je.kjar dunia je.kita kalau bole,kjar both.dunia akhirat=)

Rasullallah pernah bersabda,Allah suka,kalau kita buat satu2 urusan,kte buat sungguh2..u noe wat kuyah?lpas tue trus buat sungguh phy n math=)satu soalan,susah snang,buat sungguh2.satu page bio,lau slagi xigt,pahamkan.bukan 4 exam only,k=).that's His knowledge.hak Dia nak bagi kite paham x.selalu doa yg ilmu yg kite dapat diberkati~
n i learnt from others,lau nak start study tu,start wif doa.end wif doa too.the priority is keberkatanNya.=)

dun eva gelisah by thinking,"dapat ke x?dapat ke X?"..ehem!kita dapat apa yg kita dapat by now pn,rezeki dia.Hak Dia nak tarik bila2 masa2 pn.the same goes to the future.itu rezeki Dia.kan Dia dah kata,sape2 bersyukur,Dia tambah.so,bersyukur=).ilmu,ajar org laen jgak.jgn kedekut,kita paham pn,sape yg bg paham?this ayat are from dr.azizan=).rezeki kita dah ditentukan.our part is to berusaha.berusaha sbgai penentu,layak ke x Dia nak bagi apa yg dah Dia ttapkan untuk kita,sbagai chances,sbb Dia ada bg chance kat kite untuk ubah apa yg Dia tlah ttapkan.kejayaan milik Dia.Dia ad hak nak bg x.but remember,Allah Ya latif,Maha lembut=)
"resah datang bila kita depends+percaya sepenuhnya pada usha kita,sdgkan the 1 yg determine it,is Allah"=seindah mawar berduri=),ustazah fatimah syarha.

doa=)"sesiapa yg memohon kpadaKu,nescya Aku kabulkan".dan who else yg sgt2 menepati janji selain daripadaNya?.

igk kat Allah pada waktu senang,& Allah igt kat kita waktu kita susah.

tawakkal b4,semasa n selepas.se,asa ni mcm,kita xtahu kalau kita study,daily specially,ntah igt ntah tidak kan.so tawakkal=).ni ilmu mse camp~

jg hak Allah,then Allah jg hak kita.apa hak Allah?semayang awal waktu. a senior said,ni kakak buat master,to tell about her,6t next post,p,dye mmg sgt jg.10 minit b4 azan,dye dah kmas2 untuk preparation smayang laa.amek wudhu semua.n her life goes smoothsailing laa=).best je tgk dye~ad nur laa=)...she olwez tell us about her life,obvious,Allah jaga~

"wahai umat islam,knapa malas baca buku?kata nak umat islam maju,tp,malas baca buku???!"
"tanda akhir zaman ialah hilangnya ilmu~"
"sesiapa yg membenci ilmu Allah,pasti dia celaka keranaNya".i love this,which turn me to rajin study physics=)haha!
this is wat i got from dr azizan b4 my final.he told us about alfatihah's miracle:

  1. basmalah=buat sesuatu ng nma Allah,Allah datangkan barakah.
  2. .Allah yg pemurah & penyayang:sesiapa yg berusaha,dia berjaya.~kamu pernah mnang dulu,defeated those zillions~so,cipta sejarah again.why can't now?Allah maha berkuasa.igt,u'd won dulu taw.skunk,xblei lak?
  3. syukur n sgala puji bagi Allah-dapat result bagus,puji Allah,xbagus,redha.
  4. Allah itu pemilik sgla kerajaan.Yakin ganjarannya.kalau x kat dunia,akhirat.berusahalah semaksimum mungkin.Allah bg kejayaan.dunia akirat Dia punya.Hati+mata lecturers+pemeriksa kertas sape control?Allah.nak mntaq pape,go trus to the big boss=)
  5. Engkau yg kami sembah & minta pertolongan.:Allah nak bagi da best,ada syarat,sembah Dia=).those yg nakkan redha Dia~igt!kita ada Allah!"kalau jumpa soalan susah,jgn gelabah,MACAM XDE TUHAN~Allah nak uji kita,either kita igt Dia x tgh2 exam tu=)"
  6. petunjuk:dr azizan pesan,al fatihah tue,setiap ayat baca 7x.macam,basmalah 7x,ayat 1 7x n seterusnya~.bukak pintu ilmu=)
  7. jauhkan maksiat.6t Allah padam ilmu.zina hati,mata,telinga.maksiat merosakkan ilmu,ilmu kita akan terhakis & terkikis.so,buang masa r...kita study daa~

at the end of his talk,

pelajarilah ilmu because:

or for kuyah,excited2 larh kamu dengan bio kerana=)

  1. Allah
  2. those who kaji,ibarat tasbih.
  3. those who treasure it,like jihad.
  4. those who tuntut,study,like ibadah.
  5. those who teach others,are sedekah
  6. those who curah pada ahlinya,macam qurban
  7. those who thinks,macam puasa.=)
  8. those who discuss,macam qiyam.

see how orang menuntut ilmu itu tinggi darjatnya?

our part is to berusaha,n He'll t8 care of the rest.Trust HIM.

wat's HE's gonna gives us,trust that,it's the best 4 us.He's our creator,rite?dont eva 4get that.."Aku menurut sangkaan hambaKu",hadis qudsi,riwayat bukhari & muslim.

solat n SABAR.dat's the key org2 beriman yg berjaya.jgn sdey2 yup=)

"nva feel afraid of anitim,sbb Dia ad"=maher zain ;p


i'll remember this.insyaAllah~

**yah,i dunno this can help u or not,or at least, maybe a little=).n i'll be thankful to HIM.

April 17, 2010

officially ex-pasum~

salam=)

well,it's over~
n unbelievable.i'm expasum now~
extremely happy when my family came to um wif their red dress n tshirts.
it's just a coincidence,i noe~
but i dun noe why red affect me much.always.=)
haha!
n,a lot of thank to my brother in law,
i noe he's tired.
for our family's outing to petrosains klcc.
we're lyke children.tati pom;p

to talk about pasum,indeed it'll be a long talk.
shortly,it taught me many things.
to runtuhkan all da prinsipss2+bina all da new 1,wif da islamic view,
i thanks um.
Allah is of course laa~

thanks to ummah,uyu+others.=)
to my close friends.
che wani,tifa,auni,mira,sarah,ruqaiyah,izyan,suha,soha, etc.
x1 classmate,
farisha,fareha,farhana,marina,jila,azlah,fiqah,farah,n all=)

to meet all the bright+genius students all around malaysia,
i thanks to:
  • da 1 who always give the tazkirah at 12th surau,apids students specially.
  • da 1 who always help me in tutorials,labs n all,farisha.
  • da 1 dat always listen to my worries n cries,wani+tifa
  • da 1 supporting me,unconditional love,ummah~
  • da 1 dat taught me to love frens without conditions,but just because of Allah=syahirah.
  • taught me to love alquran recitation than other songs.
  • da 1 dat say,"kamu boleh,sempat lagi"
  • da 1 dat jaga mata.those people,i respect much~
  • da 1 yg jaga iqtilat+frenship between gurls n boys.well,i learnt much too.
  • those groups that=study comes first.
  • da 1 yg jaga solat malam.
  • those who jaga solat=awal waktu~
  • those yg kalau bagi ayat quran 4 hafal2,they digest quick.Ya Allah,they t8 care of their heart.bersihnya hati korang,senang nak hafal ayat2 Allah~
  • da 1 yg sleep only few hours,realizing their 'debt',in studies specially,to Islam,to their parents.
  • my room8,to be neat all the tyme.
  • n all of them.honestly, i learnt MUCH.
  • bye2 PASUM.i've to confess,i fall in love wif u=)
  • but,i wont be faithful,i'm sorry ;p

i'll upd8 more=).my promise to kuyah too~

April 29, 2009

owh,we do lots of sin....

nie blog post bkan from me..it's other's...kak long's fren..hehehe~
maybe boleh share=)



Ikhtilat
merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut:

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang.

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi"

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".




*byk dosa r sergho~~~
*changes gradually??...;)

8.55 a.m
atc,now..i'm quite frustated la..
no need to mention why..
can't blame any1 ok!
anggapla xder rezeki aku untuk itu=)
mudah citer=)
donT tell mum yet~~
hope she wonT feel the same way..
but,rasenye..ye jgak rsa'y..
haha!
i'm the 1 who'll act that i dun rily want that kinda of things!
nyn,
rezeki ade kat mane2=)
*

April 9, 2009

alfurqan-ayat 74=)

last nite ikot my mum g skol lame...there's a motivation 4 da bdak2 darjah 6..well,lame da x p attend such event...da last,i think,mser abg Raja dtg tyme lpas K.O.T..
best!
xrugi pegi=)
touch'y tgk bdk2 laki pi cium n hugged their mum...hope diorang sume berjaya+jd anak2 soleh n solehah sumernye...
ha!,,,nak share sumtin ni...motivator tue pesan..
amalkan ayat 74 surah al-furqan..
agar dapat pasangan n anak2 yg jadi penyejuk mata n hati...
sape xnak,kan??
ameen^^~
slamt beramal,k..


April 6, 2009

noeledge~

pesan imam waki' kepada imam syafie'...

"ilmu itu NUR,
NUR Allah xkan masuk kedalam hati2 yg melakukan maksiat..."

February 19, 2009

hanya kerana DIA


DIA yang maha menganugerah cinta,
maha penyayang,
maha memberi kasih sayang,
dan
maha memiliki segala rahsia..
(^^)

February 9, 2009

valentine through ISLAM's eyes

PANDANGAN ISLAM TENTANG VALENTINE
Dari uraian sejarah Valentine dan hubungannya dengan peradaban Barat saat ini dapat diringkas bahwa Valentine merupakan :

Ritual yang bersumber dari Kristen yang dikukuhkan oleh Paus Galasius untuk mengenang orang suci Kristen yaitu Santo Valentine dan Santo Marius.

Ritual orang-orang Romawi kuno yang pagan (penyembah berhala) untuk memperingati dewi Juno yaitu ratu dari segala dewa-dewi bagi perempuan dan perkawinan ( dewi cinta).

Ritual bangsa Eropa pada abad pertengahan untuk mencari jodoh.

Media Barat untuk mengkokohkan cengkraman peradaban Barat.,

Dari keempat jatidiri Valentine tersebut, tidak satupun yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, alasannya :

Pertama, Valentine merupakan ritual keagamaan yaitu agama Kristen, sehingga Valentine merupakan ibadah bagi agama Kristen, bukti bahwa Valentine sebagai ritual agama Kristen adalah ritual Valentine tersebut dikukuhkan oleh seorang Paus yaitu Paus Galasius untuk memperingati dua orang yang diberi gelar orang suci oleh orang-orang Kristen. Bagi Muslim mengikuti Valentine tersebut adalah sama dengan mengikuti peribadatan orang Kristen, di samping itu ada bahaya yang lain yaitu sinkretisasi antara agama Islam dan Kristen, Allah I telah memerintahkan kita untuk tidak mencampuradukkan ajaran agama Islam dengan ajaran agama manapun termasuk Kristen :
Bagimu agamamu, bagiku agamaku. QS. 109:1-6

Kedua, Valentine untuk memperingati/memuja dewi Juno adalah ritual yang dilakukan oleh orang-orang romawi Kuno yang menyembah berhala/dewa, sehingga mengikuti ritual ini dapat bernilai kesyirikan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Romawi Kuno yang menyembah berhala.
Bedakan diri kalian dari orang-orang Musyrik. HR. Bukhari-Muslim

Ketiga, Valentine sebagai sarana untuk mencari jodoh oleh orang-orang Eropa, mereka bertahayul bahwa kasih sayang akan mulai bersemi pada tanggal 14 Pebruari, tahayul adalah salah satu bentuk kesyirikan, sehingga haram hukumnya bagi umat Islam untuk mengikutinya.

Keempat, Valentine sebagai media barat telah diakui daya rusaknya terhadap tatanan masyarakat timur apalagi Islam, mengiktui Valentine bukan saja sekedar pesta untuk menyatakan kasih sayang, tetapi juga pesta yang mau-tidak-mau harus mengikutkan budaya yang lainnya, pergaulan bebas, fashion, pakaian minim, ciuman antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya, hidup glamour, materialistis, dansa-dansa, mengumbar nafsu dan lain-lain.
Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, ia akan termasuk golongan mereka. HR. Ahmad

Tidak dapat diungkiri lagi, Valentine adalah salah satu pintu masuk untuk menjadi sama dengan mereka.

Itulah jatidiri Valentine dan kedudukannya terhadap agama Islam, banyak para muda-mudi yang mengikuti Valentine hanya sekedar ikut-ikutan dan tidak mengetahui apa dan bagaimana Valentine yang sesungguhnya, mereka ikut hanya karena pernah melihat ada yang jualan kartu Valentine atau menerima kartu valentine, atau karena pernah diajak temannya ikut acara Valentine, atau karena pernah melihat propaganda Valentine di majalah-majalah, tv, film dan lain sebagainya, terhadap sikap para muda-mudi yang mengikut saja terhadap apa yang tidak diketahuinya, Allah SWT telah memberikan peringatan :

Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. QS. 17:36


so,if u're a muslim or muslimah..don't celebrate valentine day,ok!

wallahua'lam...

January 27, 2009

IBNU ABBAS bercerita...

"suatu hari ketika saya berjalan di belakang nabi,lalu beliau berkata kepada saya,

wahai anak muda!sungguh,saya ajarkan kamu beberapa kalimah,
"peliharalah Allah,pasti Allah memelihara kamu,
peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu.
apabila kamu meminta,mintalah kepada Allah,
apabila kamu memerlukan bantuan,mintalah bantuan kepada Allah,
ketahuilah,
sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan kepadamu,
mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan oleh Allah kepadamu,
dan
apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu,mereka tidak mampu,
melainkan apa yg sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu"

December 26, 2008

npe kte bca quran?



Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is a beautiful
story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You'll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it's useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.” The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

“Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”