Showing posts with label tadabbur sains. Show all posts
Showing posts with label tadabbur sains. Show all posts

March 3, 2017

Resonant

Hidup ini bagaikan radio dan channel tv.
Kalau awak pilih radio 9 dan channel tv9,
Awak dah takdapat dengar radio 7
Dan awak tadapat tengok siaran televisyen 7.
Padahal siaran radio 7 dan televisyen channel 7 ada je. Cuma awak je yang pilih nak tune dengan radio 9 dan channel tv9.
Pernah tak orang lain cerita pengalaman dia pergi hospital A, jumpa orang ABC yang buat dia sakit hati, yang buat masalah, jumpa nurse ABC yang takjaga dia elok elok,
Tapi kalau awak pergi, takjumpa pulak orang ABC tu, nurse ABC tu MC lah pulak, ganti dengan nurse DEF yang baik. Doktor pun baik baik.
Eh macam dekat dunia lain. Tapi di hospital yang sama.
Begitulah.
Resonant.
Kita selari dengan dunia yang mana?
Memang, ada dunia dalam dunia.
Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Fikirkan baik-baik, inshaaAllah yang datang juga yang baik baik. ðŸ’š

February 27, 2017

Protect Your Morning Routine

Ainin suka mengkaji.
Motivator Barat selalu bagi tips, protect your morning routine.
Rasullallah, melalui hadis- hadis baginda, pun banyak berpesan dengan amalan- amalan zikir pada waktu pagi.
It reflects, of how morning and our routines, are so important, dalam membentuk kehidupan.
Protect your mood, protect your morning.
They do matter ðŸ˜Š
Selamat hari Isnin
Dan selamat pagi ðŸ˜˜

February 7, 2017

cepat

mee segera
ayam segera.
semua kita nak cepat.
terikut-ikut,
sampai ke pelosok,
segenap kehidupan.

semua nak cepat.

lupa,
kita terikat dengan susunan Dia.
lupa,
kita ada proses yang perlu kita nikmati.
yang mengajar kita pada sekecil-kecil kemanisan,
hingga puncak sebenarnya
– syurga.

bila dunia yang agung ini juga diciptakan dengan proses,
bagaimana manusia di dalam dunia ini boleh terlepas daripada proses?

belajarlah dari alam.
walau Tuhan punya kuasa kunfayakun.
Dia punya hadiah untuk kita,
iaitu proses:)

February 6, 2017

Bakteria dan Kuasa

Bakteria itu kecil.
halus serta seni.
sebesar-besar manusia,
tumbang kerana dia.

Lemahnya kita, manusia.
kerana virus, heboh satu dunia.
kerana virus, sakit segala organ.

lemahnya kita,
kenapa berbangga dan sombong pada Dia?