April 2, 2011

roses's splendour~





one of hilal asyraf's book.
dayah's spec~ 



sarah:hana's friend
robin:che omar's friend.
(n____n)



*have no tyme of editing pictures at all.


status:
studying microbe for our test this tuesday.

last nite was meltech's dinner.
"glam night with roses"
wont describe the whole night at all.wanna continue my revision:)
but, i read this in the middle of the dinner,thanks to intekma hotel& resort's wifi~
made me out of the event for  a while.

Ingatlah sahabat!
Bunga itu menguntum indah,
menyeri dan memekar indah,
dipuji dengan pelbagai madah..

Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
serpih demi serpih ia punah,
tanpa daun dan kelopak ia musnah..

Sahabatku,
Engkau bukan layu seperti bunga,
dan aku bukanlah kumbang untuk menghirup madunya..
Lambang bunga lambang sementara cuma,
tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya..

Daerah kita bukan daerah cinta,
bukan masa untuk memujuk kasih asmara..
tiada senda gurau panjang meleka,
kerana kita dalam memperjuangkan agama..

Sahabatku,
disini uda dan dara telah berkubur,
kita bina ia atas jihad yang subur..

Ingatlah sahabat!
bumi kita bumi yang payah,
penuh peluh, air mata dan mungkin juga darah..
Bila kita menjejak tapaknya perlu mempunyai wadah,
ikutilah di belakang ULAMA’ agar tidak goyah..

bila di katakan mu : ‘perjuangan itu susah!’
maka kau katakanlah kembali : ‘aku hanya mengharap keredhaan Allah!’

Sahabatku,
semalam telah layu sekuntum bunga..
telah gugur dari jambangannya..

tetapi itu bukan perjuangan kita..
bukanlah itu sebagai lambangnya..

mulut telah kaku bertanya..
hati malu untuk memikirnya..
tidak seperti dahulunya,
kita kuat berhujah dan bersuara..

Ingatlah sahabatku,
dulu, kini dan selamanya kita seorang mujahid,
yang merindukan dan memburu syahid..
Maaf jika tutur kataku yang pahit!

Senyumlah sahabat 
senyumlah dan serilah wajah ^_^
walau pudar dan hambar datang tak sudah..
belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah..

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
malah mempunyai semangat seperti Sumaiyah..

[musafir kelana, oktober2005]



Allahuakbar.astagfirullahalzim.
may the strength be the backbone.




2 comments:

Nur Nabila said...

homeyyy nyaa gmbr..ainin amik sdiri ke?

Unknown said...

hehe.haah(n___n)