Showing posts with label notakawen. Show all posts
Showing posts with label notakawen. Show all posts

April 23, 2017

His Kek Batik Cheese


Disebabkan patients cancel next week so ainin tak terikat dengan lab dan terengganu pulak cuti, so i need to balik jumpa my half and writing there. Melaksanakan tanggungjawab pjj as well. /
Penat yang amat bila tak dapat settle down pon sejak few weeks dan bergerak gerak ke sana ke mari. Sebab tu ainin sangat needs some supplement because i need extra energy and shaklee really helps me alhamdullilah. Thank you #vitalea and everything. Kalau awak pun kerja penat penat rasa penat amat boleh jeee tetanyaa ainin okeh sebab ainin dah rasa macammana perubahan bila balik jeee selesema dan demam. Sekarang dah okeii. So overall my movement were: /
Sg buloh ➡️ gombak for kembuku ➡️ Sg buloh ➡️ terengganu ➡️sg buloh ➡️shah alam for staying rumah kakak ➡️putrajaya for conference ➡️shah alam ➡️ putrajaya ➡️ shah alam ➡️ sg buloh ➡️ terengganu
/
Penat sangat! Tapi tiba tiba rasa penat tu hilang saappppp bila disambut pukul 12 malam semalam dengan #kekbatikcheese HOMEMADE by suami 😭 he really awesome at cooking and suprise as well. Thank you suami! Tetiba terflash back ainin sambut beliau dengan apa yaaa bila beliau balik sungai buloh? /
Teringat kata kakak. Dont worry, all the penats would be given enormous pahala and blessings❤️ jom kita mengutip pahala in marriage life for the married couples and to parents buat sahabat yang Allah susun dengan jadual lain dulu by now 😊
/
For happiness, we have to sacrifice and do our parts.
Jangan terpengaruh dengan drama dan novel cintaa yaaa please please! Tetakut the novel readers dah ada satu mindset dan expectation which during reality, it needs efforts in everything.

April 18, 2017

International Conference on Advances in Medical Sciences 2017


status:
gonna present for this conference tomorrow.
doakan Ainin, okeh? :)


ainin nak share macammana nak pergi Putrajaya via public transport.
Macam ICAMS ni, buat dekat Putrajaya Presint 5,

ainin daripada KTM Padang Jawa (stay rumah kakak)  > KL Sentral > KLIA Express ke Putrajaya.
dan daripada Putrajaya tu kita amek lagi public transport untuk ke Marina Bay tu:)

Moga-moga dapat membantu others yang ingin ke Putrajaya menggunakan public transport.

Ni, ainin nak selit, somehow marriage do teach me to become independent dan berjiwa besar.
Thanks Allah for blessing me with a berjiwa besar husband too.

sekarang dah boleh nampak between negeri dalam Malaysia, sebenarnya dekat, that we still could survive. Apatah lagi location between dalam negeri. 

somehow, i'm thankful of how this journey shaped me, shaped my thought. 
being in the same room in kakak's house which i stayed before i married, of how we've tempuh banyak benda dah hahaha

Macam mentor shaklee ainin, Master Ainul Shahrazad,
berPJJ dengan husband who worked overseas started from 2003-2017 with 4 to 5 kids under her jagaan. What a strong lady! Bab sedih time nak boarding  tu semua orang tak boleh lari, tapi how she jadikan that keadaan and turns her life into a wow.

She's such an inspiration. 

ainin, semoga kuat juga okay?
Belajar bersungguh-sungguh. Moga contribute more to ummah and society :)



January 22, 2017

Nota Kawen: Doa




Bila Ainin start doa untuk urusan jodoh?
Bukan tahun akhir,
Bukan tahun ketiga,
Bukan tahun kedua,
Bukan tahun pertama kampus,Tingkatan dua.Tadi akhi Shukery Azizan Penulis buku Tarbiyah Sentap ada sharing pasal Tips Doa Tak Makbul




Selalu orang bagi tips doa makbul je kan, dia bagi tips doa tak makbul ðŸ˜‚Itulah iman. Itulah keyakinan pada Allah. Itulah bersangka baik pada Allah. Allah kan mengikut sangkaan hambanya 




Jadi, doa spesifik spesifik, memang Allah dah tetapkan, memang Allah tahu kita nak apa, tapi Allah juga mahu melihat usaha kita 




Tapi, 
Sebab Ainin takut sangat dapat suami yang tak baik yang macam drama tu. Ya Allah, takut sangat. So memang doa tiap tiap hari daripada tingkatan dua tu 
Ainin manfaatkan ketakutan tu untuk doa sungguh sungguh.
Dan Alhamdulillah, Allah bagi suami terbaik untuk Ainin, with unimaginable kindness. Thank you Allah.
Mesejnya ialah, doa.
Iaitu salah satunya ialah, doa tak spesifik dan doa yang kita sendiri tak faham kita mintak apa. Tak selari doa di mulut dan rasa di hati.
Yakin sebelum dapat.


December 8, 2016

Nota Kawen : The priority



Lepas rancangan Tanyalah Ustaz, mak suka share dekat group family.
Banyak sangat mak sharing
Itulah kehebatan teknologi
Mak memang suka sharing and remind kami.
Haritu mak share:

"Anak anak perempuanku,
selagi kamu memelihara solatmu, puasamu,
maka suamimu merupakan pintu ke syurgamu.
Anak lelakiku,
taatilah segala perintah Allah, pimpinlah ahli keluargamu kejalan yang diredhaiNya, berbuat baiklah kepada kedua org tuamu kerana mereka merupakan pintu syurgamu"
.
.
.
Kudoakan syurga buat ibubapaku.

January 31, 2016

Fasa bertunang adalah fasa bertenang


#NotaKawen
#NotaTunang

31 Jan 2014
#syemeainin Engagement Anniversary.


CNY 2014- Tunang
CNY 2015- Nikah
Tunang was in semester 7 of my degree which there's one last semester to go before i graduated & been married was in 1st semester of masters. Both are in study-period.
Being engaged for one year & orang kata tunang lama banyak cabaran. Betul ke?
Sebab sahabat sahabat dok nanya how was it & few of my besties are in this phase, so may I reshare-again.

Tunang.
Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan. Bila Rasul yang anjurkan perkara ini, yakinlah, pasti ada the secret treasure behind it. Beritahu which is bukan hebohkan, pada sahabat sahabat yang amanah. Awasilah pergaulan, kerana dia masih bukan pasangan halal kita. Berdoalah, supaya dijagakan hati & dipermudahkan urusan pernikahan. Bertunang itu sunnah which is along the period, kita dapat pahala sunnah if betul kita menjaga. Eratkan silaturrahim di antara kedua keluarga. Tunang itu proses taaruf & perkenalan. Serasi ke tak. Okay ke tak. Tunang itu bukan tiket wajib untuk nikah.

Tenang.
Ustaz kata fasa bertunang itu fasa bertenang. Booked already. Official MOU between both family has been done. Official-yes, I do. Hasrat hati sudah disuarakan. Tinggal bersiap. Bersiap & sibukkan diri dengan ilmu dan segala perancangan. Sebab seriously dah tak sempat dah nak baca buku. Dulu, I'm occupied with my FYP project & he just finished his study & was occupied with his career life.

Cabaran.
Subjektif. Bahagiakan Yang Maha Membahagiakan Hati, inshaaAllah Yang Maha Membahagiakan Hati juga akan membahagiakan both of you. Cabaran mostly datang daripada diri sendiri. Pandai pandailah menjaga hati & diri. Tuhan sebelum nikah dan Tuhan selepas nikah adalah sama. Jangan mindset tunang banyak cabaran sebab 'Allah mengikut sangkaan hambaNya'. Singkatkan pertunangan, segerakan pernikahan. Problems are from Him & goodnews are from Him.

Refleksi.
Fasa bertunang adalah refleksi perkahwinan. Pandainya kedua pihak menjaga perhubungan, menambah keyakinan dan trust kedua pihak selepas nikah. Tenangnya tempoh ini tanpa ada miscom, tenang jugalah tempoh perkahwinan inshaaAllah.

Istikharah
Teruskanlah istikharah. Mohon dipermudahkan langkah. Mohon ditenangkan hati dan dimurahkan rezeki. Berdoa tentang lancarnya urusan hidup sebelum dan selepas nikah. Berdoa supaya our fiancé /fiancee itu benar jodoh kita.

Cinta
Soon after nikah, sayang from suami or isteri adalah sayang Allah. Zat Allah Ya Rahim Ya Wadud sedang dialirkan oleh Allah. Suami atau isteri adalah alat Ya Rahim Ya Wadud untuk menyatakan sayangnya Allah pada kita. The root is, utamakan Allah, u'll see miracles. Suami bukan Tuhan malahan cinta dia adalah daripada Tuhan. See him, but be reminded to Allah.
Jika kita boleh be connected dengan The Source of our pasangan's love even before we get nikah, so why not?

Tawakkal.
A soft reminder about kebergantungan kepada Allah. Jangan bertuhankan jumlah duit dan act like kita yang kena cater semua everything. Sebab kita tak pandai nak serahkan pada Allah lah sebab Allah memang bagi kita handle. Miracles do happen. Banyakkan sedekah. Dream, pray & action. Things yang out of our control, serahkan pada Allah. Everything has been decided. Takkan terlambat walau sesaat.

Selamat menjaga & semoga jalan menuju pernikahan dipermudahkan wahai sahabat sekalian. Pernikahan adalah menuju syurga, bukan menjauhi syurga.
Maka, jagalah Allah:)