Showing posts with label notatunang. Show all posts
Showing posts with label notatunang. Show all posts

January 31, 2016

Fasa bertunang adalah fasa bertenang


#NotaKawen
#NotaTunang

31 Jan 2014
#syemeainin Engagement Anniversary.


CNY 2014- Tunang
CNY 2015- Nikah
Tunang was in semester 7 of my degree which there's one last semester to go before i graduated & been married was in 1st semester of masters. Both are in study-period.
Being engaged for one year & orang kata tunang lama banyak cabaran. Betul ke?
Sebab sahabat sahabat dok nanya how was it & few of my besties are in this phase, so may I reshare-again.

Tunang.
Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan. Bila Rasul yang anjurkan perkara ini, yakinlah, pasti ada the secret treasure behind it. Beritahu which is bukan hebohkan, pada sahabat sahabat yang amanah. Awasilah pergaulan, kerana dia masih bukan pasangan halal kita. Berdoalah, supaya dijagakan hati & dipermudahkan urusan pernikahan. Bertunang itu sunnah which is along the period, kita dapat pahala sunnah if betul kita menjaga. Eratkan silaturrahim di antara kedua keluarga. Tunang itu proses taaruf & perkenalan. Serasi ke tak. Okay ke tak. Tunang itu bukan tiket wajib untuk nikah.

Tenang.
Ustaz kata fasa bertunang itu fasa bertenang. Booked already. Official MOU between both family has been done. Official-yes, I do. Hasrat hati sudah disuarakan. Tinggal bersiap. Bersiap & sibukkan diri dengan ilmu dan segala perancangan. Sebab seriously dah tak sempat dah nak baca buku. Dulu, I'm occupied with my FYP project & he just finished his study & was occupied with his career life.

Cabaran.
Subjektif. Bahagiakan Yang Maha Membahagiakan Hati, inshaaAllah Yang Maha Membahagiakan Hati juga akan membahagiakan both of you. Cabaran mostly datang daripada diri sendiri. Pandai pandailah menjaga hati & diri. Tuhan sebelum nikah dan Tuhan selepas nikah adalah sama. Jangan mindset tunang banyak cabaran sebab 'Allah mengikut sangkaan hambaNya'. Singkatkan pertunangan, segerakan pernikahan. Problems are from Him & goodnews are from Him.

Refleksi.
Fasa bertunang adalah refleksi perkahwinan. Pandainya kedua pihak menjaga perhubungan, menambah keyakinan dan trust kedua pihak selepas nikah. Tenangnya tempoh ini tanpa ada miscom, tenang jugalah tempoh perkahwinan inshaaAllah.

Istikharah
Teruskanlah istikharah. Mohon dipermudahkan langkah. Mohon ditenangkan hati dan dimurahkan rezeki. Berdoa tentang lancarnya urusan hidup sebelum dan selepas nikah. Berdoa supaya our fiancé /fiancee itu benar jodoh kita.

Cinta
Soon after nikah, sayang from suami or isteri adalah sayang Allah. Zat Allah Ya Rahim Ya Wadud sedang dialirkan oleh Allah. Suami atau isteri adalah alat Ya Rahim Ya Wadud untuk menyatakan sayangnya Allah pada kita. The root is, utamakan Allah, u'll see miracles. Suami bukan Tuhan malahan cinta dia adalah daripada Tuhan. See him, but be reminded to Allah.
Jika kita boleh be connected dengan The Source of our pasangan's love even before we get nikah, so why not?

Tawakkal.
A soft reminder about kebergantungan kepada Allah. Jangan bertuhankan jumlah duit dan act like kita yang kena cater semua everything. Sebab kita tak pandai nak serahkan pada Allah lah sebab Allah memang bagi kita handle. Miracles do happen. Banyakkan sedekah. Dream, pray & action. Things yang out of our control, serahkan pada Allah. Everything has been decided. Takkan terlambat walau sesaat.

Selamat menjaga & semoga jalan menuju pernikahan dipermudahkan wahai sahabat sekalian. Pernikahan adalah menuju syurga, bukan menjauhi syurga.
Maka, jagalah Allah:)