February 7, 2017

cepat

mee segera
ayam segera.
semua kita nak cepat.
terikut-ikut,
sampai ke pelosok,
segenap kehidupan.

semua nak cepat.

lupa,
kita terikat dengan susunan Dia.
lupa,
kita ada proses yang perlu kita nikmati.
yang mengajar kita pada sekecil-kecil kemanisan,
hingga puncak sebenarnya
– syurga.

bila dunia yang agung ini juga diciptakan dengan proses,
bagaimana manusia di dalam dunia ini boleh terlepas daripada proses?

belajarlah dari alam.
walau Tuhan punya kuasa kunfayakun.
Dia punya hadiah untuk kita,
iaitu proses:)

No comments: