February 12, 2017

Beautify our inner kingdom.

February 10, 2017

bata

Tentang disiplin menulis novel, saya akan ingat nasihat Neil Gaiman: bayangkannya seperti kerja menyusun bata. Sebagai kaedah kerja, betul, seorang novelis akan menyusun halaman demi halaman sehingga himpunan halaman itu menjadi sebuah rumah (dan kalau lebih hebat, ia menjadi sebuah kota atau negara).
quoted and the video worth watching:) how to get ideas.

February 9, 2017

menulis

“Sekiranya tidak tahu nak mula macam mana, tulis sahaja apa-apa dulu.”
-Bahrudin Bekri

February 8, 2017

cerita

kerana
setiap kita berbeza.
dan
cerita kita juga berbeza.

February 7, 2017

cepat

mee segera
ayam segera.
semua kita nak cepat.
terikut-ikut,
sampai ke pelosok,
segenap kehidupan.

semua nak cepat.

lupa,
kita terikat dengan susunan Dia.
lupa,
kita ada proses yang perlu kita nikmati.
yang mengajar kita pada sekecil-kecil kemanisan,
hingga puncak sebenarnya
– syurga.

bila dunia yang agung ini juga diciptakan dengan proses,
bagaimana manusia di dalam dunia ini boleh terlepas daripada proses?

belajarlah dari alam.
walau Tuhan punya kuasa kunfayakun.
Dia punya hadiah untuk kita,
iaitu proses:)

February 6, 2017

Bakteria dan Kuasa

Bakteria itu kecil.
halus serta seni.
sebesar-besar manusia,
tumbang kerana dia.

Lemahnya kita, manusia.
kerana virus, heboh satu dunia.
kerana virus, sakit segala organ.

lemahnya kita,
kenapa berbangga dan sombong pada Dia?

February 5, 2017

review The Arrival


Tak pernah tahu pasal filem ni sampai suami pilih secara tak sengaja sebab belanja adik adik untuk watch films.
Perasaan kami lepas menonton?
Totally blur 😱😂
lepas baca spoiler movie baru dapat relate. Ainin kasi 4.5 over 5 bintang. Slow tapi best message dia.
Boleh baca spoiler dekat google. Yang ni second review yang Ainin baca.
Review The Arrival?
A complex exploration of al-Qadhā’ and al-Qadar, in which we as Muslim (alhamdulillah) had understood since the early days of our Prophet.
-Syed Israa
Siapa dah watch The Arrival?
Through this story, you will wonder about the non- linearity of time (just like the Prophet said) sebab all the syurga neraka have existed as well as the stories happened there.
Bukti time is non linear?
Surah surah di dalam alquran. Cerita cerita hari kiamat. Cerita cerita syurga dan neraka. Hadis hadis Rasul.
But we take them for granted.
Tapi we human je yang experiences the linearity of the time.
Tapi kalau kita dah tahu apa yang dah jadi dekat kita dekat akhirat nanti, apa tindakan kita? Adakah kita akan ubah?
Semuanya telah ditetapkan, semua tindakan, semua choices. It’s not about destination. It’s about the journey.
Bersangka baik pada Tuhan itu priority❤️
Sorryyyy ainin dah spoilkan story plot !