February 13, 2017

Bersyukur, Allah tambah nikmatNya


Ainin tak setuju kalau ada yang beranggapan dengan bersyukur, kita selesa berada dalam keadaan statik dan tidak mahu berubah, kerana kita bersyukur dengan apa yang ada.
Bukan begitu.
Dengan bersyukur, kita jadi mahu manfaatkan nikmat yang diberi.
Bersyukur dengan kesihatan, kita bekerja dengan lebih baik.
Bersyukur dengan ilmu pengetahuan, kita sama sama berkongsi ilmu,
Dan apabila kita bermanfaat kepada orang lain, memberi memberi,
Allah tambah nikmat nikmatNya lagi.
Train your brain to be grateful.
Because the brain acts like a muscle.
Belajar untuk complaint,
Conplaint muscles will be stronger and stronger.
Belajar untuk bersyukur,
Grateful muscles will be stronger and stronger.

February 12, 2017

Beautify our inner kingdom.

February 10, 2017

bata

Tentang disiplin menulis novel, saya akan ingat nasihat Neil Gaiman: bayangkannya seperti kerja menyusun bata. Sebagai kaedah kerja, betul, seorang novelis akan menyusun halaman demi halaman sehingga himpunan halaman itu menjadi sebuah rumah (dan kalau lebih hebat, ia menjadi sebuah kota atau negara).
quoted and the video worth watching:) how to get ideas.

February 9, 2017

menulis

“Sekiranya tidak tahu nak mula macam mana, tulis sahaja apa-apa dulu.”
-Bahrudin Bekri

February 8, 2017

cerita

kerana
setiap kita berbeza.
dan
cerita kita juga berbeza.

February 7, 2017

cepat

mee segera
ayam segera.
semua kita nak cepat.
terikut-ikut,
sampai ke pelosok,
segenap kehidupan.

semua nak cepat.

lupa,
kita terikat dengan susunan Dia.
lupa,
kita ada proses yang perlu kita nikmati.
yang mengajar kita pada sekecil-kecil kemanisan,
hingga puncak sebenarnya
– syurga.

bila dunia yang agung ini juga diciptakan dengan proses,
bagaimana manusia di dalam dunia ini boleh terlepas daripada proses?

belajarlah dari alam.
walau Tuhan punya kuasa kunfayakun.
Dia punya hadiah untuk kita,
iaitu proses:)

February 6, 2017

Bakteria dan Kuasa

Bakteria itu kecil.
halus serta seni.
sebesar-besar manusia,
tumbang kerana dia.

Lemahnya kita, manusia.
kerana virus, heboh satu dunia.
kerana virus, sakit segala organ.

lemahnya kita,
kenapa berbangga dan sombong pada Dia?